1 00:00:02,000 --> 00:00:07,000 Downloaded from YTS.MX 2 00:00:08,000 --> 00:00:13,000 Official YIFY movies site: YTS.MX 3 00:00:13,160 --> 00:00:17,440 {\an8}DELTA OKAVANGO, BOTSWANA 4 00:00:34,520 --> 00:00:37,000 Harimau bintang pemangsa yang paling hebat. 5 00:00:38,440 --> 00:00:40,000 Kemahiran menyoroknya... 6 00:00:47,880 --> 00:00:51,200 kemahiran mendakinya, kemahiran memburunya... 7 00:00:59,400 --> 00:01:01,040 cukup licik. 8 00:01:01,040 --> 00:01:02,440 Cukup bijak. 9 00:01:08,200 --> 00:01:11,760 Saya hidup bersama banyak harimau bintang dan merakamnya selama ini, 10 00:01:11,760 --> 00:01:15,800 dan setiap satunya ada personaliti yang unik. 11 00:01:36,000 --> 00:01:39,080 {\an8}Kali pertama saya jumpa Mochima, 12 00:01:39,080 --> 00:01:44,560 ia melompat dengan mudah ke atas dahan setinggi 10 atau 12 meter 13 00:01:45,200 --> 00:01:47,160 dan meletakkan dirinya 14 00:01:47,880 --> 00:01:49,040 dengan sangat hati-hati. 15 00:01:52,120 --> 00:01:54,080 Saya tak tahu apa ia sedang buat. 16 00:02:05,280 --> 00:02:07,560 Kemudian sesuatu yang luar biasa berlaku. 17 00:02:26,280 --> 00:02:28,000 Saya tak pernah lihat harimau bintang 18 00:02:28,000 --> 00:02:30,520 ambil risiko sebegitu untuk mendapatkan mangsa. 19 00:02:39,200 --> 00:02:42,880 Namun, tidak lama kemudian, ia mendedahkan sebabnya. 20 00:02:57,200 --> 00:03:02,560 Setelah melihat sarang itu dan anak-anak kecil ini, 21 00:03:02,560 --> 00:03:05,720 saya mula faham betapa lemahnya ia. 22 00:03:15,840 --> 00:03:18,440 Dua tahun pertama sangat berbahaya. 23 00:03:19,600 --> 00:03:23,840 Ia sebab kurang separuh harimau bintang berjaya mencapai usia kematangan. 24 00:03:31,280 --> 00:03:34,040 Saya tak tahu ke mana cerita ini akan dibawa. 25 00:03:35,440 --> 00:03:38,800 Namun, saya tahu, dengan mengikuti keluarga ini, 26 00:03:38,800 --> 00:03:41,640 saya dapat memaparkan dunia harimau bintang 27 00:03:41,640 --> 00:03:43,280 yang tiada siapa pernah lihat. 28 00:04:41,680 --> 00:04:44,160 Merakam anak harimau bintang sentiasa mencabar 29 00:04:45,240 --> 00:04:48,440 kerana ibu yang baik akan menyembunyikan anak-anaknya sepenuhnya 30 00:04:49,280 --> 00:04:50,880 dan tidak diketahui dunia. 31 00:05:00,400 --> 00:05:01,920 Apabila anak-anak itu makin tua, 32 00:05:02,880 --> 00:05:05,680 ia agak peka dengan dunia, 33 00:05:06,560 --> 00:05:10,680 tapi ia takkan melepasi sempadan sarang. 34 00:05:36,760 --> 00:05:38,840 Hanya selepas tiga bulan, 35 00:05:39,520 --> 00:05:42,440 anak-anak itu mula meneroka di luar sarang. 36 00:05:44,720 --> 00:05:49,280 Inilah masanya watak sebenarnya didedahkan. 37 00:05:50,200 --> 00:05:52,200 Ini masa yang sesuai untuk menamakannya. 38 00:06:01,800 --> 00:06:04,080 {\an8}Kutjira bermaksud "yang pemalu". 39 00:06:05,400 --> 00:06:07,560 {\an8}Kutjira imej ibunya. 40 00:06:07,560 --> 00:06:11,240 "YANG BERANI" 41 00:06:13,320 --> 00:06:15,560 Bukan hanya kerana rupa, tapi personaliti. 42 00:06:32,200 --> 00:06:36,880 Anda boleh lihat ia memerhati dan memikirkan dunia di sekelilingnya. 43 00:06:46,320 --> 00:06:49,520 Ada kebijaksanaan sebenar di sebalik matanya. 44 00:06:54,800 --> 00:07:00,080 Saya gelar anak jantannya, Dakunga, yang bermaksud "yang memahukan kuasa". 45 00:07:01,920 --> 00:07:04,440 Ia sangat berbeza daripada kembarnya. 46 00:07:06,800 --> 00:07:09,040 Ia lebih angkuh. 47 00:07:12,720 --> 00:07:14,920 Lebih cemerkap. 48 00:07:24,800 --> 00:07:29,680 Jika anda mahu hidup di hutan, anda tak boleh bertindak membabi-buta. 49 00:07:31,520 --> 00:07:33,520 Ia tempat yang berbahaya untuk membesar. 50 00:08:12,880 --> 00:08:17,280 Merakam harimau bintang memerlukan dedikasi dan semangat yang tinggi. 51 00:08:20,360 --> 00:08:26,400 Saya tahu jika saya mahu hidup bersama keluarga ini, 52 00:08:27,000 --> 00:08:29,080 saya tak boleh lakukannya sendiri. 53 00:08:41,120 --> 00:08:44,720 {\an8}Saya perlu tubuhkan pasukan yang sangat bersemangat 54 00:08:45,560 --> 00:08:49,240 dan bersedia untuk menghabiskan beberapa tahun hidup mereka 55 00:08:49,240 --> 00:08:51,040 mengikuti harimau-harimau bintang ini. 56 00:08:58,800 --> 00:09:00,240 Saya membesar di bandar, 57 00:09:00,240 --> 00:09:05,640 dan semasa datang ke sini, saya tak tahu cara hidup di hutan. 58 00:09:07,680 --> 00:09:09,760 Ibu saya tak gembira. 59 00:09:09,760 --> 00:09:14,200 Dia fikir salah satu haiwan liar, pemangsa, akan bunuh saya. 60 00:09:25,880 --> 00:09:28,320 Saya tak sangka saya akan berada di sini. 61 00:09:29,840 --> 00:09:34,080 Saya tak begitu berpengalaman merakam dan hidup di hutan. 62 00:09:37,600 --> 00:09:42,080 Jadi saya diberi cabaran dan saya perlu buktikan diri. 63 00:09:47,600 --> 00:09:50,840 Ya, Mochima sembunyikan anak-anaknya di Pusat Harimau Bintang 64 00:09:50,840 --> 00:09:53,640 dan ia menuju ke timur ke Garisan Pokok Cerpelai. 65 00:09:53,640 --> 00:09:55,400 Nampaknya ia sedang memburu. 66 00:10:12,000 --> 00:10:14,160 Anda boleh lihat tumpuannya. 67 00:10:15,560 --> 00:10:17,480 Ada satu benda dalam fikirannya. 68 00:10:18,520 --> 00:10:20,400 Ia ingin mendapatkan makanan. 69 00:10:29,600 --> 00:10:31,080 Sebab, jika ia gagal, 70 00:10:32,120 --> 00:10:35,760 anak-anaknya mungkin perlu berlapar selama tiga hari, 71 00:10:35,760 --> 00:10:37,680 yang mula menjadi bahaya. 72 00:10:41,080 --> 00:10:43,680 Setiap gerakan yang ia buat dirancang 73 00:10:44,240 --> 00:10:47,640 dan kita boleh lihat proses pemikirannya. 74 00:10:51,360 --> 00:10:53,240 Ketika pemburuan berlaku, 75 00:10:56,600 --> 00:11:02,360 kepintaran itu digabungkan dengan kebolehan untuk bersembunyi. 76 00:11:02,360 --> 00:11:04,400 Itulah yang mentakrifkan harimau bintang. 77 00:11:14,000 --> 00:11:18,480 Harimau bintang boleh menghendap mangsa sedekat-dekatnya 78 00:11:19,400 --> 00:11:22,400 dan mangsanya masih tak sedar apa-apa. 79 00:11:27,160 --> 00:11:30,840 Saya pernah lihat Mochima menghendap mangsa dalam beberapa kaki 80 00:11:30,840 --> 00:11:37,080 dan menghabiskan masa sehingga sejam dalam posisi itu sebelum menerkam. 81 00:11:54,000 --> 00:11:57,720 Pemburu berpengalaman mungkin akan melemaskan mangsanya 82 00:11:57,720 --> 00:12:00,760 dengan menggigit mulut dan hidungnya 83 00:12:00,760 --> 00:12:04,000 untuk mengelakkan bunyi bising yang mungkin menyedarkan pemangsa lain. 84 00:12:05,280 --> 00:12:09,400 Lebih senyap seekor harimau bintang, lebih besar kejayaannya. 85 00:12:27,960 --> 00:12:29,680 Harimau bintang boleh tarik bangkai 86 00:12:29,680 --> 00:12:32,600 ke atas pokok untuk jauhkannya daripada pebangkai, 87 00:12:32,600 --> 00:12:35,440 tapi ibu dengan anak-anak yang masih muda 88 00:12:35,440 --> 00:12:37,880 selalunya akan sembunyikannya di atas tanah. 89 00:12:51,840 --> 00:12:53,800 Apabila Mochima memanggil anak-anaknya, 90 00:12:55,600 --> 00:12:58,480 Kutjira biasanya segera membalas. 91 00:13:04,640 --> 00:13:06,600 Namun, tiada tanda-tanda Dakunga. 92 00:13:08,560 --> 00:13:12,480 Ia jelas sekali bermain jauh dari tempat yang sepatutnya. 93 00:13:14,320 --> 00:13:19,880 Melepasi sempadan dalam persekitaran ini boleh membawa maut. 94 00:13:22,680 --> 00:13:26,560 Mochima terpaksa memanggil beberapa kali sebelum mendapat jawapan. 95 00:13:34,200 --> 00:13:35,520 Ia tidak peduli pun. 96 00:13:39,280 --> 00:13:41,480 Ia rasa ia sudah berkuasa. 97 00:13:51,760 --> 00:13:55,280 Bangkai itu memberi peluang kepada anak-anak untuk belajar. 98 00:13:58,480 --> 00:14:02,280 Ada satu upacara lucu yang berlaku, 99 00:14:04,480 --> 00:14:07,880 di mana ia mengenang semula pemburuan itu dalam kepalanya. 100 00:14:17,200 --> 00:14:21,400 Hal ini penting kerana ia mencetuskan nafsunya 101 00:14:21,400 --> 00:14:26,080 dan ia langkah penting untuk menjadi pemburu berdikari. 102 00:14:43,280 --> 00:14:47,280 Memandangkan anak-anak itu sudah cukup makan dan gembira, 103 00:14:48,040 --> 00:14:51,080 Mochima perlu pergi dan kekalkan kawasannya 104 00:14:53,000 --> 00:14:57,080 yang berkeluasan kira-kira 20 kilometer persegi. 105 00:15:02,600 --> 00:15:06,120 Untuk melakukannya, ia perlu meronda sempadannya, 106 00:15:07,280 --> 00:15:08,960 menandakan baunya semasa berjalan. 107 00:15:35,760 --> 00:15:38,200 Apabila anda ekori dia, ia satu cabaran besar. 108 00:15:38,200 --> 00:15:41,680 Ia boleh berjalan selama tujuh atau lapan jam. 109 00:15:49,480 --> 00:15:52,920 Badan anda dalam keadaan tertekan untuk terus mengikutinya. 110 00:15:58,760 --> 00:16:01,160 Ketika itu, kadangkala kami lupa makan 111 00:16:01,160 --> 00:16:03,320 sebab kami tak nak kehilangannya. 112 00:16:10,080 --> 00:16:14,000 Penandaan bau ini membolehkan harimau bintang betina lain tahu 113 00:16:14,000 --> 00:16:17,480 bahawa ini ialah tanahnya dan ia perlu menjauhkan diri. 114 00:16:20,000 --> 00:16:24,680 Namun, hal ini tak menghalang jantan nomad untuk masuk ke kawasannya. 115 00:16:41,280 --> 00:16:44,800 Pembunuh terbesar anak harimau bintang ialah harimau bintang lain. 116 00:16:44,800 --> 00:16:49,440 Jantan nomad ini mengancam Kutjira dan Dakunga. 117 00:16:55,520 --> 00:16:58,440 Ia akan bunuh anak-anak itu dengan sengaja 118 00:16:58,440 --> 00:17:01,280 untuk mengembalikan si betina dalam keadaan estrus 119 00:17:01,840 --> 00:17:03,520 supaya ia boleh mengawan dengannya. 120 00:17:13,800 --> 00:17:16,480 Satu-satunya perkara yang boleh menghalangnya... 121 00:17:18,600 --> 00:17:19,560 {\an8}ialah Mokhanyo... 122 00:17:19,560 --> 00:17:22,800 {\an8}"YANG BESAR" 123 00:17:22,800 --> 00:17:26,240 {\an8}...harimau bintang jantan dominan di kawasan itu dan ayah anak-anak itu. 124 00:17:34,360 --> 00:17:37,600 Sebaik saja Mokhanyo hidu bau penceroboh itu, 125 00:17:37,600 --> 00:17:40,160 ia serta-merta menjejakinya. 126 00:18:16,200 --> 00:18:18,240 Tak lama kemudian, 127 00:18:18,240 --> 00:18:21,680 Mokhanyo berjaya mengejar si jantan yang agak pucat itu. 128 00:18:51,440 --> 00:18:52,760 Kami ada situasi 129 00:18:52,760 --> 00:18:56,120 di mana dua ekor jantan ini menilai satu sama lain. 130 00:18:58,400 --> 00:19:01,400 Keadaan semakin tegang. 131 00:19:09,640 --> 00:19:14,280 Akhirnya, dua jantan ini terpaksa berlawan. 132 00:19:20,320 --> 00:19:23,680 Ia berlaku di kawasan semak yang tebal dan tak kelihatan. 133 00:19:33,400 --> 00:19:34,640 Risikonya tinggi. 134 00:19:35,480 --> 00:19:38,880 Ini pertarungan yang akan menentukan 135 00:19:38,880 --> 00:19:42,320 sama ada Kutjira dan Dakunga hidup atau mati. 136 00:19:55,520 --> 00:19:58,040 Penceroboh muda itu muncul dahulu. 137 00:20:01,280 --> 00:20:03,280 Namun, tiada tanda Mokhanyo. 138 00:20:08,880 --> 00:20:11,680 Ketidakpastian itu dahsyat. 139 00:20:27,720 --> 00:20:31,120 Akhirnya ia muncul, cedera teruk. 140 00:20:40,680 --> 00:20:44,320 Namun, disebabkan jantan nomad itu mula pergi, 141 00:20:46,200 --> 00:20:47,760 jelas sekali ia juaranya. 142 00:20:54,280 --> 00:21:00,080 Kami semua tarik nafas lega apabila tahu keluarga Mochima selamat 143 00:21:01,680 --> 00:21:05,280 dan kami boleh teruskan kisahnya. 144 00:21:27,080 --> 00:21:29,600 Ada hari dan minggu 145 00:21:29,600 --> 00:21:32,520 di mana kami tak berinteraksi dengan sesiapa pun. 146 00:21:36,200 --> 00:21:39,920 Maka, penting untuk rasa selesa dengan ruang minda sendiri. 147 00:21:58,400 --> 00:22:00,400 Saya seorang introvert 148 00:22:00,400 --> 00:22:05,160 dan saya rasa berada di tempat yang aman dan sunyi ini 149 00:22:05,160 --> 00:22:07,480 sesuai dengan perwatakan saya. 150 00:22:25,680 --> 00:22:28,880 Sewaktu tidur di luar pada waktu malam, anda perlu hati-hati. 151 00:22:28,880 --> 00:22:33,080 Selalu ada peluang ular, kala jengking dan singa melintas. 152 00:22:36,080 --> 00:22:39,280 Namun, anda juga berada di bawah himpunan bintang, 153 00:22:41,880 --> 00:22:44,960 yang orang sekarang jarang dapat merasainya. 154 00:23:05,920 --> 00:23:12,240 ENAM BULAN KEMUDIAN... 155 00:23:27,200 --> 00:23:30,880 Apabila anda bangun, anda menyelami persekitaran itu. 156 00:23:32,080 --> 00:23:33,520 Apabila anda lihat sekeliling, 157 00:23:33,520 --> 00:23:36,840 anda bukan hanya mencari harimau bintang, katakan di atas pokok atau berjalan. 158 00:23:36,840 --> 00:23:39,640 Anda juga mencari haiwan lain di kawasan ini 159 00:23:39,640 --> 00:23:42,720 untuk lihat jika ia tenang atau berjaga-jaga. 160 00:23:42,720 --> 00:23:44,560 Hal itu akan memberikan anda petanda 161 00:23:44,560 --> 00:23:46,840 jika ada harimau bintang berdekatan atau tak. 162 00:24:10,720 --> 00:24:14,560 Kawan-kawan, ada jejak harimau bintang betina di jalan bersambung 163 00:24:14,560 --> 00:24:16,520 menuju ke Hutan Tenggiling. 164 00:24:17,840 --> 00:24:20,080 Nampak baharu. Saya akan ikutinya. 165 00:24:29,000 --> 00:24:32,600 Anda perlu jadi harimau bintang, berfikir dan bertindak sepertinya. 166 00:24:32,600 --> 00:24:34,520 Itulah kunci untuk mencarinya. 167 00:24:36,160 --> 00:24:39,480 Hal itu datang dengan masa dan usaha setiap hari. 168 00:25:00,520 --> 00:25:03,520 Ya, saya berjaya tentukan lokasi Mochima. 169 00:25:03,520 --> 00:25:07,800 Ia bersama Kutjira dan ia menuju ke Lintasan Manggis. 170 00:25:28,080 --> 00:25:31,480 Apabila anak harimau bintang mencapai umur setahun, 171 00:25:31,480 --> 00:25:35,960 naluri memburunya mula lahir. 172 00:25:37,120 --> 00:25:43,440 Pada tahap ini, Mochima bawa Kutjira memburu beberapa kali 173 00:25:43,440 --> 00:25:45,760 supaya ia boleh lihat dan belajar. 174 00:26:04,840 --> 00:26:08,280 Pernah sekali Kutjira tengok mak memburu. 175 00:26:11,080 --> 00:26:12,880 Mak pula dalam mod menghendap. 176 00:26:13,680 --> 00:26:16,040 Sukar ditangkap, tak mahu dilihat. 177 00:26:53,400 --> 00:26:55,600 Kemudian, tiba-tiba, Kutjira datang 178 00:26:55,600 --> 00:26:58,040 sebab ia nak berpelukan dengan ibunya. 179 00:27:01,800 --> 00:27:03,800 Anda perlu beri perhatian kepada anak-anak, 180 00:27:03,800 --> 00:27:05,160 tapi bukan semasa bekerja. 181 00:27:16,840 --> 00:27:19,080 Niat Kutjira baik, 182 00:27:19,080 --> 00:27:22,480 tapi ia belum ada kemahiran dan pengalaman. 183 00:27:24,440 --> 00:27:26,920 Namun, setidaknya ia sanggup belajar. 184 00:27:34,400 --> 00:27:37,360 Dakunga berbeza daripada kembarnya. 185 00:27:37,360 --> 00:27:41,400 Ia tak fokus untuk belajar daripada sesiapa. 186 00:27:43,120 --> 00:27:45,120 Ia ada misi sendiri. 187 00:27:54,240 --> 00:27:56,720 Ia selalu timbulkan masalah. 188 00:28:14,680 --> 00:28:16,240 Antara dua anak Mochima, 189 00:28:17,160 --> 00:28:20,600 selalu ada kebimbangan yang Dakunga mungkin akan mati. 190 00:28:26,360 --> 00:28:30,440 Ada satu tempoh tertentu apabila ia pergi selama beberapa hari. 191 00:28:30,440 --> 00:28:33,760 Ia luar biasa. Kami tak jumpa ia. Kami tak tahu ia di mana. 192 00:28:34,280 --> 00:28:37,800 Sangat mudah untuk harimau bintang pada tahap hidupnya itu 193 00:28:37,800 --> 00:28:39,840 untuk dibunuh oleh pemangsa. 194 00:28:46,480 --> 00:28:50,920 Ya, saya di Garisan Pokok Baldu sekarang dan tiada tanda Dakunga. 195 00:28:52,240 --> 00:28:56,600 Ada keluarga cheetah berdekatan. Mungkin saya akan luangkan masa dengannya. 196 00:28:59,520 --> 00:29:02,480 Seekor ibu dengan dua anak jantan yang belum cukup dewasa. 197 00:29:08,320 --> 00:29:10,160 Ia berjaya bunuh seekor impala. 198 00:29:18,560 --> 00:29:20,280 Saya nampak ia makan sedikit. 199 00:29:23,600 --> 00:29:26,200 Kemudian, siapa saya nampak? 200 00:29:27,440 --> 00:29:28,320 Dakunga. 201 00:29:31,000 --> 00:29:35,280 Arahnya ialah bangkai impala dengan keluarga cheetah itu. 202 00:29:40,600 --> 00:29:43,240 Ia semakin hampir. 203 00:29:44,280 --> 00:29:47,320 Ia akan cuba merampas impala ini, 204 00:29:47,960 --> 00:29:51,640 sebagai anak kecil, daripada tiga ekor cheetah besar. 205 00:29:57,000 --> 00:30:00,120 Perkara ini benar-benar menggambarkan personaliti Dakunga. 206 00:30:41,160 --> 00:30:44,360 Saya tak pernah dengar harimau bintang dikejar oleh cheetah. 207 00:30:45,680 --> 00:30:48,960 Saya tak pernah dengar harimau bintang panjat pokok palma. 208 00:30:54,480 --> 00:30:58,080 Kami duduk dan lihat harimau bintang ini selama berjam-jam dan berhari-hari 209 00:30:58,080 --> 00:30:59,640 tanpa buat apa-apa. 210 00:31:00,280 --> 00:31:03,920 Tapi pada satu hari itu, anda perlu pastikan mata anda tajam. 211 00:31:13,280 --> 00:31:15,840 Dakunga pasti fikir ia bernasib baik 212 00:31:16,960 --> 00:31:19,120 apabila ia terhidu bau satu lagi bangkai. 213 00:31:21,600 --> 00:31:23,600 Jadi ia ikut baunya, tapi ia dapat tahu 214 00:31:23,600 --> 00:31:26,680 bahawa bangkai itu milik Mokhanyo, ayahnya. 215 00:31:31,600 --> 00:31:34,800 Anda tak boleh rampas mangsa jantan dominan. 216 00:31:41,800 --> 00:31:44,400 Namun, Dakunga dikuasai perutnya. 217 00:31:50,400 --> 00:31:53,240 Tak kisahlah itu ayahnya. 218 00:31:59,800 --> 00:32:01,880 Ia bermain dengan api. 219 00:32:46,880 --> 00:32:49,240 Setiap kali Dakunga gagal, 220 00:32:49,240 --> 00:32:52,240 saya ingat ia akan sedar dan putus asa. 221 00:32:55,960 --> 00:32:59,280 Namun, ia tak rasa bahaya dan ia terus berkeras. 222 00:33:14,800 --> 00:33:16,800 Keberaniannya berbaloi. 223 00:33:22,680 --> 00:33:26,440 Saya tak sangka situasi ini akan berakhir begini 224 00:33:26,440 --> 00:33:30,080 dan saya tak pasti kenapa Mokhanyo mengalah. 225 00:33:43,960 --> 00:33:49,200 Mungkin ada pengakuan daripada ayahnya, yang sangat mengagumkan. 226 00:33:54,480 --> 00:33:57,400 Ia bukti sebenar perwatakan Dakunga. 227 00:33:59,680 --> 00:34:05,760 Detik seperti ini benar-benar menunjukkan sisi berbeza harimau bintang 228 00:34:05,760 --> 00:34:07,760 yang kita tak pernah lihat. 229 00:34:25,600 --> 00:34:28,760 Pada penghujung hari, keluarga itu bersatu semula. 230 00:34:42,840 --> 00:34:45,840 Keakraban pada saat itu sangat hebat. 231 00:34:46,600 --> 00:34:49,320 Ia sangat seronok, kerap melompat. 232 00:35:06,800 --> 00:35:09,360 Dalam kes Dakunga, ia main-main. 233 00:35:22,280 --> 00:35:25,400 Saat-saat gembira itu semakin berkurangan. 234 00:35:26,640 --> 00:35:32,520 Ia pasti menghampiri masa di mana ia akan jadi lebih berdikari... 235 00:35:35,000 --> 00:35:37,000 yang tak dapat dielakkan sebagai harimau bintang. 236 00:35:46,440 --> 00:35:47,280 Noah? 237 00:35:48,440 --> 00:35:49,400 Ya, Greg, cakap. 238 00:35:51,000 --> 00:35:53,880 Sunyi di sini. Saya tak jumpa sebarang tanda, 239 00:35:53,880 --> 00:35:57,120 jadi saya nak pergi ke kem untuk segarkan diri. 240 00:35:59,440 --> 00:36:04,040 Baiklah, Greg. Di sini juga sangat sunyi, jadi saya akan jumpa awak nanti. 241 00:36:05,760 --> 00:36:07,360 Jumpa di kem. 242 00:36:08,800 --> 00:36:11,880 Duduk di dalam kereta selama hampir seminggu tanpa bergerak 243 00:36:11,880 --> 00:36:13,240 tak ideal. 244 00:36:13,840 --> 00:36:17,080 Masuk ke kem, bersukan, 245 00:36:17,080 --> 00:36:18,520 bercukur, 246 00:36:18,520 --> 00:36:21,360 menjaga diri sendiri juga penting. 247 00:36:23,880 --> 00:36:27,200 {\an8}Kru ini sudah jadi macam keluarga besar. 248 00:36:27,840 --> 00:36:30,640 Tanpa tahap dinamik pasukan sebegitu, 249 00:36:30,640 --> 00:36:34,000 seluruh operasi ini takkan berjaya. 250 00:36:49,040 --> 00:36:51,720 Ramai antara kami ingin kembali ke kem. 251 00:36:51,720 --> 00:36:55,760 Anda rasa seperti anda terlepas semua aksi di dalam hutan. 252 00:36:57,440 --> 00:36:59,640 Jadi anda buat sebanyak yang boleh di kem 253 00:36:59,640 --> 00:37:02,640 tapi cuba sebaiknya untuk kembali ke hutan. 254 00:37:16,880 --> 00:37:20,560 ENAM BULAN KEMUDIAN... 255 00:37:22,200 --> 00:37:25,840 Apabila cuaca di Okavango paling panas, angin bertiup merentasi daratan 256 00:37:26,640 --> 00:37:29,160 dan ribut petir mula melanda. 257 00:37:37,040 --> 00:37:41,160 Namun, apabila ia berlaku, ia turun mencurah-curah. 258 00:37:50,160 --> 00:37:52,640 Semuanya bagaikan meraikan kedatangannya. 259 00:37:54,720 --> 00:37:59,280 Ia mengurangkan kepanasan tanpa henti dan menjanjikan masa yang lebih mudah... 260 00:38:01,880 --> 00:38:05,600 apabila kehidupan dilahirkan dalam persekitaran itu. 261 00:38:34,320 --> 00:38:37,720 Hampir semuanya lahir pada musim ini. 262 00:38:57,400 --> 00:39:01,720 Tiada masa yang lebih sesuai untuk anak harimau bintang berusia 18 bulan... 263 00:39:04,880 --> 00:39:08,320 membiasakan diri dengan mangsanya pada masa depan. 264 00:39:17,240 --> 00:39:18,840 Saya menjejaki Kutjira. 265 00:39:18,840 --> 00:39:22,080 Kami berada berhampiran Garisan Pokok Cerpelai sekarang. 266 00:39:22,080 --> 00:39:24,200 Ia mahu berehat. 267 00:39:30,360 --> 00:39:32,720 Ia berada dalam semak selama beberapa jam 268 00:39:34,480 --> 00:39:38,880 dan ketika itulah sekumpulan besar babun mula masuk ke kawasan itu. 269 00:39:42,160 --> 00:39:46,600 Kutjira mungkin fikir, "Mungkin aku boleh tangkap yang kecil." 270 00:39:48,880 --> 00:39:51,520 Ia bersembunyi terlalu lama dalam semak itu. 271 00:40:10,080 --> 00:40:12,800 Ia dikelilingi babun jantan besar 272 00:40:13,880 --> 00:40:19,280 yang mempunyai gigi besar dan menggerunkan yang boleh menyebabkan kecederaan. 273 00:40:31,800 --> 00:40:33,160 Ia ada masalah besar. 274 00:41:13,840 --> 00:41:17,200 Saya rasa ia tak pernah lari sepantas ini seumur hidupnya. 275 00:41:18,480 --> 00:41:23,080 Namun, ia sedar keadaan boleh berubah dengan sangat cepat di sini. 276 00:41:44,960 --> 00:41:46,880 Kami luangkan lebih banyak masa dengan harimau bintang 277 00:41:46,880 --> 00:41:48,520 sepanjang tempoh projek ini 278 00:41:48,520 --> 00:41:51,600 berbanding dengan makhluk lain di planet ini. 279 00:41:53,080 --> 00:41:59,800 Hebatnya dapat menyertai keluarga yang sukar ditangkap dan berahsia ini, 280 00:42:00,680 --> 00:42:02,600 memahami rahsianya yang paling gelap. 281 00:42:06,280 --> 00:42:09,240 Kami sangat rapat dari segi emosi dengan kucing-kucing ini 282 00:42:09,240 --> 00:42:12,120 kerana setiap minggu dan hari, kami bersamanya. 283 00:42:12,120 --> 00:42:15,280 Ada masanya kami mula menyokongnya. 284 00:42:18,760 --> 00:42:23,720 Kami ketawa dan menangis bersamanya dan ada masanya kami fikir, 285 00:42:23,720 --> 00:42:25,640 "Aku sangat sayang kucing ini." 286 00:42:26,360 --> 00:42:29,640 Namun, kami perlu tetapkan batasan. 287 00:42:30,280 --> 00:42:34,360 Kami perlu biarkan ia hidup sebagai harimau bintang 288 00:42:35,560 --> 00:42:37,280 dan menjadi pemerhati. 289 00:42:57,800 --> 00:43:01,200 Mochima pasti akan mengawan lagi. 290 00:43:04,520 --> 00:43:06,840 Apabila anak-anaknya berusia dua tahun, 291 00:43:11,880 --> 00:43:13,320 musim mengawan sudah tiba. 292 00:43:30,120 --> 00:43:32,800 Ia mahu menarik perhatian Mokhanyo 293 00:43:33,720 --> 00:43:37,800 dan mula meninggalkan baunya di seluruh kawasannya. 294 00:43:48,520 --> 00:43:50,440 Apabila dua harimau bintang mengawan, 295 00:43:51,320 --> 00:43:52,800 hubungannya penuh perasaan. 296 00:43:54,320 --> 00:43:58,280 Ia akan mengawan beratus kali dalam empat atau lima hari. 297 00:44:06,280 --> 00:44:13,280 Biasanya, si betina akan menjadi pihak yang akan menggalakkan kelakuan mengawan. 298 00:44:25,200 --> 00:44:26,720 Ia akan menggoda si jantan... 299 00:44:29,640 --> 00:44:32,480 dan mencurahinya dengan kasih sayang dan perhatian. 300 00:44:45,200 --> 00:44:49,320 Selepas tiga hari mengawan, si jantan penat. 301 00:44:49,320 --> 00:44:51,280 Ia letih lesu. 302 00:45:06,280 --> 00:45:08,200 Si betina masih mahu pastikan 303 00:45:08,200 --> 00:45:11,240 kelakuan mengawan ini akan berjaya. 304 00:45:18,880 --> 00:45:24,400 Ia cuma mahu pastikan Mokhanyo tahu ini anak-anaknya. 305 00:45:54,440 --> 00:45:58,000 Setelah mengawan, Mochima dijangka akan ada keluarga baharu. 306 00:46:01,080 --> 00:46:06,880 Kutjira dan Dakunga membahayakan anak-anaknya yang belum lahir. 307 00:46:14,400 --> 00:46:17,720 Mochima sekarang hanya ada tiga bulan 308 00:46:18,920 --> 00:46:23,120 untuk halau anak-anak itu sebelum keluarga baharu tiba. 309 00:46:27,000 --> 00:46:28,560 Masa berdetik. 310 00:46:35,360 --> 00:46:38,120 Kutjira menunjukkan kemajuan yang hebat 311 00:46:38,920 --> 00:46:42,880 tapi masih belum berjaya membuat serangan pertamanya sendiri. 312 00:46:46,080 --> 00:46:50,080 Dakunga, sebaliknya, masih membuat kesilapan besar. 313 00:46:52,880 --> 00:46:55,200 Ia menimbulkan kerisauan. 314 00:47:01,680 --> 00:47:03,880 Mochima tahu ia perlukan bantuan. 315 00:47:09,000 --> 00:47:13,600 Sebagai ibu yang baik, ia sengaja tunjukkan tempat untuk mencari mangsanya. 316 00:47:26,960 --> 00:47:31,320 Jelas sekali Mochima tahu ada anak babi kutil di dalam lubang ini. 317 00:47:31,320 --> 00:47:35,400 Ia membawa anaknya mendapatkan peluang yang sempurna. 318 00:47:37,200 --> 00:47:40,440 Itu proses yang difikirkan. Itu bukan naluri. 319 00:47:42,120 --> 00:47:45,040 Ia satu kelakuan yang luar biasa untuk disaksikan. 320 00:47:56,200 --> 00:47:59,040 Tapi ia tak sangka ibunya ada di rumah. 321 00:48:00,760 --> 00:48:04,240 Berdepan dengan babi kutil dewasa di dalam lubang hampir mustahil. 322 00:48:05,880 --> 00:48:08,520 Gadingnya yang tajam akan mencederakannya. 323 00:48:22,600 --> 00:48:25,960 Kutjira memerhatikan Dakunga dan Mochima, 324 00:48:26,800 --> 00:48:28,600 belajar daripada kesilapannya. 325 00:48:29,800 --> 00:48:32,000 Berlawan dalam pertarungan yang ia takkan menang. 326 00:48:56,680 --> 00:48:59,880 Kira-kira seminggu kemudian, 327 00:48:59,880 --> 00:49:04,200 Kutjira hanya duduk 25 meter dari lubang babi kutil itu. 328 00:49:05,320 --> 00:49:06,800 Ia menunggu. 329 00:49:10,400 --> 00:49:11,600 Sejam kemudian, 330 00:49:12,120 --> 00:49:14,880 saya nampak ibu babi kutil itu keluar dari lubang. 331 00:49:52,400 --> 00:49:56,000 Selepas itu, saya faham yang ia sudah lama merancang 332 00:49:56,000 --> 00:49:59,040 sejak kami berhenti di sebelah lubang babi kutil ini. 333 00:49:59,840 --> 00:50:01,120 Mengagumkan! 334 00:50:17,560 --> 00:50:21,760 {\an8}DUA BULAN KEMUDIAN... 335 00:50:48,320 --> 00:50:53,320 Kutjira bukan saja semakin mahir, tapi semakin besar 336 00:50:54,360 --> 00:50:56,120 dan matang dari segi seksual. 337 00:51:00,240 --> 00:51:04,680 Dia mula menanda baunya di seluruh kawasan ibunya. 338 00:51:08,520 --> 00:51:11,000 Ia akan menarik perhatian jantan nomad 339 00:51:11,000 --> 00:51:14,400 dan ia memberi ancaman kepada anak-anak Mochima yang belum lahir. 340 00:51:40,640 --> 00:51:44,560 Mochima tiada pilihan lain selain menghalau Kutjira. 341 00:51:50,600 --> 00:51:53,760 Ia dapat mengesan bau Kutjira dengan sangat cepat 342 00:51:54,440 --> 00:51:56,280 dan terus mengekori jejaknya. 343 00:52:04,880 --> 00:52:06,800 Kutjira kenal ibunya. 344 00:52:10,200 --> 00:52:16,280 Namun, bahasa badannya berbeza. Pendekatannya lebih serius dan fokus. 345 00:52:43,560 --> 00:52:45,240 Apabila pergaduhan berlaku, 346 00:52:45,240 --> 00:52:48,680 anda boleh nampak kekeliruan pada wajah Kutjira. 347 00:52:51,880 --> 00:52:54,880 Ia tak faham keagresifan itu. 348 00:53:00,400 --> 00:53:04,440 Mochima terus menolaknya lebih jauh ke arah pinggir kawasannya. 349 00:53:17,480 --> 00:53:20,560 Apabila Kutjira rasa tiada tempat lain untuk pergi 350 00:53:20,560 --> 00:53:25,120 dan perlu berhenti dan kekalkan kedudukannya, 351 00:53:26,160 --> 00:53:27,840 ia dilihat sebagai satu cabaran. 352 00:54:04,360 --> 00:54:06,600 Itulah penamat hubungan itu. 353 00:54:10,360 --> 00:54:13,080 Ibu dan anak terpaksa ikut haluan masing-masing. 354 00:54:19,000 --> 00:54:21,400 Sukar untuk difahami sebagai manusia. 355 00:54:22,400 --> 00:54:27,320 Perpisahan kita dengan anak kita tak pernah begitu tiba-tiba. 356 00:54:32,880 --> 00:54:36,880 Menyaksikannya dalam hidup harimau bintang adalah dahsyat. 357 00:54:40,800 --> 00:54:44,000 Namun, itulah cara dunia semula jadi berfungsi. 358 00:54:45,280 --> 00:54:49,040 Kutjira dihalau ke tempat yang tak diketahui 359 00:54:50,200 --> 00:54:51,960 dan ia tak dialu-alukan kembali. 360 00:55:01,080 --> 00:55:04,200 Untuk membela anak-anak baharu dengan selamat, 361 00:55:05,080 --> 00:55:07,920 Mochima perlu halau kedua-dua anaknya dari rumah, 362 00:55:08,720 --> 00:55:11,160 tapi Dakunga masih berada di sana. 363 00:55:34,880 --> 00:55:39,760 Daripada berfikir dan menggunakan kemahiran yang ibunya ajar kepadanya, 364 00:55:39,760 --> 00:55:42,480 ia akan menyerang tiba-tiba, 365 00:55:43,880 --> 00:55:45,920 yang bukan cara harimau bintang patut memburu. 366 00:56:26,800 --> 00:56:31,320 Ia gagal sama sekali, berkali-kali. 367 00:56:35,800 --> 00:56:37,120 Dakunga belum bersedia 368 00:56:37,120 --> 00:56:40,760 dan jika ia diusir sekarang, ia takkan selamat. 369 00:57:05,280 --> 00:57:08,960 Pada suatu hari, Dakunga memanjat lubang babi kutil ini. 370 00:57:12,040 --> 00:57:13,600 Saya pernah lihat semua harimau bintang itu 371 00:57:13,600 --> 00:57:15,640 memeriksa lubang babi kutil... 372 00:57:17,680 --> 00:57:22,280 tapi saya tak pernah lihat harimau bintang cuba serang babi kutil terbesar di sana. 373 00:57:24,440 --> 00:57:25,560 {\an8}Babi bertaring lengkung. 374 00:58:08,320 --> 00:58:12,240 Ia takkan terima kegagalan, jadi ia ikut babi kutil ini 375 00:58:12,240 --> 00:58:13,600 dan cuba lagi... 376 00:58:42,440 --> 00:58:45,000 untuk bunuh seekor babi kutil jantan dewasa. 377 00:58:47,560 --> 00:58:49,080 Ia membuktikan kami semua salah. 378 00:58:52,280 --> 00:58:54,040 Ya, ia saat yang membanggakan. 379 00:59:05,200 --> 00:59:09,040 Pembunuhan babi kutil itu benar-benar mengubah pemikiran Dakunga 380 00:59:10,920 --> 00:59:14,080 dan hal ini memberi kesan kepada ibunya. 381 00:59:28,680 --> 00:59:33,440 Dari segi fizikal, Dakunga mendominasinya dan menjadi satu ancaman, 382 00:59:33,440 --> 00:59:37,120 bukan saja kepadanya tapi kepada anak-anaknya yang belum lahir. 383 00:59:42,800 --> 00:59:46,080 Anda boleh nampak hubungan itu mula renggang. 384 00:59:56,080 --> 00:59:59,800 Setiap kali ia bertemu, keagresifan semakin meningkat. 385 01:00:26,480 --> 01:00:28,320 Akhirnya, Mochima naik marah. 386 01:01:10,800 --> 01:01:13,480 Keakraban dan kebaikan telah hilang. 387 01:01:48,680 --> 01:01:51,440 Ia berpaling meninggalkan kawasan ibunya 388 01:01:52,360 --> 01:01:55,080 dan memutuskan untuk meniti haluan sendiri. 389 01:02:04,400 --> 01:02:07,720 Mochima sudah buat segalanya yang termampu untuk Dakunga. 390 01:02:10,880 --> 01:02:14,080 Ia pergi menerokai dunia dengan peluang terbaik. 391 01:02:16,880 --> 01:02:18,840 Kami perlu lihat ia pergi 392 01:02:18,840 --> 01:02:21,880 dan kami tak tahu sama ada kami akan jumpanya lagi. 393 01:02:28,320 --> 01:02:30,000 Ia saat yang pahit manis. 394 01:02:30,680 --> 01:02:32,920 Tak kira apa yang kami rasa, 395 01:02:32,920 --> 01:02:35,520 ia perlu pergi untuk dapatkan kawasan sendiri 396 01:02:35,520 --> 01:02:37,920 dan suatu hari nanti, bina keluarganya sendiri. 397 01:02:40,640 --> 01:02:44,200 {\an8}Ada rasa bangga yang ia berjaya sampai ke tahap ini. 398 01:02:44,200 --> 01:02:46,920 Ia telah melalui bahagian tersukar dalam perjalanannya. 399 01:02:55,040 --> 01:02:57,880 Kami tahu ia akan berjaya dalam hidup. 400 01:02:57,880 --> 01:03:02,200 Ia besar dan kuat, dan kami rasa lega mengetahuinya. 401 01:03:07,520 --> 01:03:09,440 Dengan pemergian Dakunga, 402 01:03:09,440 --> 01:03:13,400 pemerhatian dalam kehidupan keluarga harimau bintang yang unik ini berakhir. 403 01:03:32,080 --> 01:03:34,400 Saya tak rasa sesiapa yang menyaksikan perkara ini 404 01:03:34,400 --> 01:03:38,600 tak berubah disebabkan pengalaman yang kami kongsi. 405 01:03:47,560 --> 01:03:50,880 Menghabiskan dua tahun setengah merakam harimau-harimau bintang ini 406 01:03:50,880 --> 01:03:54,040 memberikan saya pandangan berbeza tentang hidup kita. 407 01:04:00,680 --> 01:04:03,480 Ada sesuatu yang suci tentang kehidupannya. 408 01:04:06,000 --> 01:04:08,360 Ia tak berserabut dan tak rumit, 409 01:04:09,080 --> 01:04:13,360 dan saya rasa jika saya boleh jadi lebih seperti itu dalam hidup saya... 410 01:04:15,520 --> 01:04:16,760 pasti bagus. 411 01:04:37,200 --> 01:04:40,400 Beberapa bulan selepas kami berhenti mengekori Mochima, 412 01:04:42,400 --> 01:04:46,200 Noah hubungi saya dan kata dia jumpa Mochima... 413 01:04:51,080 --> 01:04:53,680 terbaring di garisan hutan, mati. 414 01:05:13,600 --> 01:05:17,240 Ironi hanya dapat menyentuhnya apabila ia mati... 415 01:05:20,240 --> 01:05:22,040 amat dahsyat. 416 01:05:23,800 --> 01:05:28,080 Ia antara saat paling sukar yang saya hadapi... 417 01:05:30,840 --> 01:05:34,600 Melihat kucing yang saya kenal dan sayang... 418 01:05:37,000 --> 01:05:37,840 pergi. 419 01:05:44,280 --> 01:05:47,200 Saya tak pasti apa yang berlaku kepadanya. 420 01:05:48,600 --> 01:05:52,440 Namun, haiwan-haiwan ini mempunyai hidup yang cukup pendek. 421 01:05:54,400 --> 01:05:55,880 Hidupnya luar biasa. 422 01:05:56,800 --> 01:05:59,720 Kami bernasib baik dapat menyaksikan sebahagian hidupnya. 423 01:06:08,320 --> 01:06:13,280 Selepas kematian Mochima, dunia kami seolah-olah telah kosong. 424 01:06:15,800 --> 01:06:18,480 Tiada harimau bintang di sekeliling kami. 425 01:06:23,200 --> 01:06:26,880 Sehinggalah Greg telefon dan kata dia jumpa Kutjira. 426 01:06:42,880 --> 01:06:45,320 Dia berada di pinggir kawasan ibunya. 427 01:06:51,400 --> 01:06:56,160 Kru kami sangat teruja kerana ia sudah kembali. 428 01:07:12,960 --> 01:07:16,400 Dia bertenggek di atas dahan sebatang pokok. 429 01:07:28,360 --> 01:07:30,840 Saya nampak impala berdekatan. 430 01:07:35,320 --> 01:07:36,960 Dalam kepala saya, 431 01:07:36,960 --> 01:07:40,240 saya terfikir jika impala itu pergi ke bawah pokok, 432 01:07:40,240 --> 01:07:42,160 ia mungkin akan cuba memburu. 433 01:07:47,400 --> 01:07:50,920 Lama-kelamaan, beberapa impala jantan pergi ke bawah pokok. 434 01:08:02,360 --> 01:08:04,960 Aduhai, kami cuma nampak kepalanya terkeluar. 435 01:08:24,200 --> 01:08:25,960 Ia berjaya. 436 01:08:38,680 --> 01:08:44,080 Kami rasa lega apabila mengetahui legasi Mochima berterusan. 437 01:08:46,800 --> 01:08:50,880 Ia menjadikan pengakhiran cerita ini sebenarnya satu permulaan. 438 01:08:57,480 --> 01:09:01,880 Babak baharu dalam hidup Kutjira di mana ia berkembang 439 01:09:03,480 --> 01:09:06,200 menjadi kucing yang luar biasa. 440 01:10:12,760 --> 01:10:17,760 Terjemahan sari kata oleh Siti Salmi